Wednesday, November 20, 2013

USAHA | EFFORT

Assalamualaikum wbt

sarah nak share important notes on how to be a good Individu Muslim

hihii..
notes semua ni sarah dapat dari buku kawan waktu form 5 dulu tapi tak ingat dah apa tajuk buku tu..:D #gomen
kalau rajin search la, guna keywords ni.. hehe

Usaha! Usaha! Chaiyok!


1. Memperbanyakkan doa agar Allah menganugerahkan sifat malu (kalau kita malu dengan Allah, kita tak buat la perkara-perkara yang dilarang dalam Islam, yang jauh dari Islam.. :))
2. Bersikap benar dalam semua keadaan
3. Merendahkan suara ketika bercakap
4. Menahan pandangan daripada mendengar rahsia-rahsia jiran atau kawan
5. Merasai bahawa Allah sentiasa memerhati dan ada bersama pada setiap waktu
6. Memboikot barang-barang yang mempamerkan gambar yang menjolokkan mata
7. Tidak bersesak-sesak sesama lelaki dan wanita
8. Memperbanyakkan mengingati mati siang dan malam
9. Menjauhi mengata dan mengadu domba
10. Tidak melihat perkara-perkara yang diharamkan Allah
11. Tidak berdiri di hadapan muka pintu ketika dibuka (yang ni kurang faham sikit..) >.<’’
12. Memastikan makanan dan minuman halal dalam apa jua keadaan
13. Mengurangkan bercakap dan ketawa dalam pengangkutan awam  (yang ni khas untuk para muslimah, supaya tidak menarik perhatian orang ramai)
14. Sentiasa serius ketika berjalan di tempat awam (yang ni khas untuk para muslimah, supaya tidak menarik perhatian orang ramai)
15. Tidak makan sambil berjalan atau berdiri
16. Jauh daripada berdengki dengan orang lain
17. Memilih ungkapan yang sopan ketika berbual

okayy.. nanti sambung, semoga kita sama-sama dapat mengamalkan akhlak mulia seperti Rasulullah SAW. :)) InsyaAllah

No comments:

Post a Comment