"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah"(Al-Hadid, 22)
Setiap ujian datangnya adalah daripada Allah, jadi hanya kepada Allah kita memohon kekuatan
agar dapat mengatasi ujian tersebut iaitu dengan bersolat.
Jadikanlah solat sebagai langkah pertama yang perlu diambil apabila berada di dalam kesulitan.
Bagi seseorang yang beriman dan tekun menunaikan ibadat sembahyang, maka Allah Subhanahu Wata'ala
akan membuka jalan keluar baginya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Sebaliknya jika enggan sembahyang, maka Allah Subhanahu Wata'ala akan memecahbelahkan jiwa mereka
walaupun mereka tinggal di dalam mahligai yang serba sempurna dan indah.
Oleh itu ibadah sembahyang adalah penyelesaiannya kerana sembahyang adalah tiang kebahagiaan umat Islam.
Persoalannya, bagaimanakah bersolat menjadikan kita bahagia?
(Al-Fatihah, 1:5)
Maksudnya : Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
Umat Islam bersolat lima waktu sehari semalam, 17 rakaat kesemuanya.
Membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat merupakan rukun solat. Ayat ini menerangkan bahawa
kita perlu mengingati Allah tidak mengira waktu samaada susah mahupun senang.
Merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 45,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.”
Allah SWT menyuruh hambaNya datang kepadaNya dengan bersolat dengan khusyuk.
Ini adalah kerana, dengan khusyuk, seseorang itu akan menumpukan seluruh anggota badan,
hati dan akal hanya kepada Allah. Dengan itulah mereka beroleh ketenangan dan seterusnya lupa kepada seluruh dunia dan isinya.
Khusyuk dalam solat pula dapat dicapai melalui pelbagai cara. Antaranya ialah dengan
mendirikan solat di awal waktu, bersolat jemaah, memahami dan menghayati bacaan-bacaan dalam solat dan mendirikan solat seolah-olah kita bertemu dan berhadapan dengan Allah SWT.
Hal ini penting agar hati kita tertumpu dan bulat mengingati dan mengagungkan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment