Friday, December 27, 2013

who?


who am i?

kalau kita nak buat semua benda ikut cara kita
ikut suka hati kita, pegi cipta dunia sendiri


hidung kita sendiri nak sedut oksigen pun kita tak boleh kawal,
cemana kita expect badan kita, jasad kita, rohani kita

kita yang punya?


Tidak ada Ilah selain Allah, Tidak ada Rabb selain Allah


-to be continued-





#nanges

crybaby


I'm not a cry baby,

i know i'm not

How do I describe this?

Assalamualaikum wbt

harini tetiba rasa nak tulis something kat sini, sebab tak tahu nak tulis kat mana..
nak tulis kat facebook..hmm, nak tulis kat twitter, nanti panjang sangat

okay then, harini rasa sedikit kepelikan dalam diri sendiri



rasa cemburu
rasa jealous yang membuak buak

rasa cemburu dekat orang lain,
tengok orang lain melaksanakan purpose of life dia, tengok orang lain
melaksanakan abid dan khalifah dia

serius cemburu, sebab rasa diri ini tak berguna.
dah tahu yang mana haq yang mana batil
tapi still buat jugak
kalah dengan nafsu sendiri , nafsu tu, nafsu ni.. nafsu nak tengok korea
brrr..

benci diri sendiri

boleh tak nak larikan diri sendiri? nak lari dari semua orang? nak lari jauh jauh?

Friday, November 29, 2013

Deja Vu

rasa macam selalu experince deja vu kat notts nih..
PETUNJUK la tu

Tidur | Sleep | Dream | Yume | Amai Yume



Tetiba teringat lagu Linkin Park
Don't resent me, and when you're feeling empty,
keep me in your memory, leave out all the rest
leave out all the rest!

walaupun lagu ni takde kaitan dengan entry..wahahah
perkataan resent tu, first time jumpa sebab miss Mel guna lagu ni dalam english class waktu form 2
resent=benci

hoho

btw, dulu sarah tidur kut..sekarang baru rasa macam dah terjaga

aku pegi talk haritu..
best jugakla..
banyak jugak ilmu yang aku dapat..

tajuk talk tu, 4 Istilah dalam al-Quran

Sunday, November 24, 2013

Solat |

Setiap individu pastinya tidak terlepas daripada stres dan tekanan. Adakalanya masalah tersebut datang daripada keadaan persekitaran seperti keluarga, sahabat mahupun rakan sekerja. Tindak balas yang mengganggu metal dan fizikal yang berpunca daripada kesihatan tubuh badan juga menyumbang kepada tekanan. Walau bagaimanapun, bersesuaian dengan ayat al-Quran,
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah" 
                                                                                                               (Al-Hadid, 22)


Setiap ujian datangnya adalah daripada Allah, jadi hanya kepada Allah kita memohon kekuatan 
agar dapat mengatasi ujian tersebut iaitu dengan bersolat. 
Jadikanlah solat sebagai langkah pertama yang perlu diambil apabila berada di dalam kesulitan.
Bagi seseorang yang beriman dan tekun menunaikan ibadat sembahyang, maka Allah Subhanahu Wata'ala 
akan membuka jalan keluar baginya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.  

Sebaliknya jika enggan sembahyang, maka Allah Subhanahu Wata'ala akan memecahbelahkan jiwa mereka 
walaupun mereka tinggal di dalam mahligai yang serba sempurna dan indah
Oleh itu ibadah sembahyang adalah penyelesaiannya kerana sembahyang adalah tiang kebahagiaan umat Islam. 
Persoalannya, bagaimanakah bersolat menjadikan kita bahagia?

                                                                        (Al-Fatihah, 1:5)
Maksudnya : Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami   memohon pertolongan

Umat Islam bersolat lima waktu sehari semalam, 17 rakaat kesemuanya.
Membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat merupakan rukun solat. Ayat ini menerangkan bahawa 
kita perlu mengingati Allah tidak mengira waktu samaada susah mahupun senang.
 Merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 45,
 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.”


Allah SWT menyuruh hambaNya datang kepadaNya dengan bersolat dengan khusyuk.
Ini adalah kerana, dengan khusyuk, seseorang itu akan menumpukan seluruh anggota badan, 
hati dan akal hanya kepada Allah. Dengan itulah mereka beroleh ketenangan dan seterusnya lupa kepada seluruh dunia dan isinya.


Khusyuk dalam solat pula dapat dicapai melalui pelbagai cara. Antaranya ialah dengan 
mendirikan solat di awal waktu, bersolat jemaah, memahami dan menghayati bacaan-bacaan dalam solat dan mendirikan solat seolah-olah kita bertemu dan berhadapan dengan Allah SWT.
Hal ini penting agar hati kita tertumpu dan bulat mengingati dan mengagungkan Allah SWT.




Friday, November 22, 2013

Herbarium EEE

Hahaha

Kitorang ada buat assignment EEE (pronouce as triple E)
anddd.. DAH SIAP pun!! Alhamdulillah
tengok ni..lawa tak?
hahahah

1. Cyperus brevifolius
Cyperus brevifolius

2. Chloris barbata

Chloris barbata

3. Eleusine indica

Eleusine indica

4. Chrysopogon aciculatus

Chrysopogon aciculatus

5. Ageratum conyzoides

Ageratum conyzoides

6. Cyanthillium cinereum

Cyanthillium cinereum

7. Eclipta prostrata

Eclipta prostrata

8. Oxalis corniculata

Oxalis corniculata

9. Nephrolepis biserrata

Nephrolepis biserrata

10. Pityrogramma calomelanos

Pityrogramma calomelanos
 okkai
yang selebihnya nih, just random pictures..
hehe
sebab excited sangat.. :D 




Dengar cerita, dah dapat wifi kat Tioman Hall..cembura kejap..
bilalah Redang pun nak dapat wifi jugak..
source from twitter.com

hahah
btw, lupa.. EEE stands for Ecology, Energy and the Environment

Thursday, November 21, 2013

Kita | Sudahkah Tujuan Hidup kita Terlaksana?

Adakah anda sudah terjaga?

Kunci Khusyuk dalam Solat

 This article was retrieved from http://muslimvillage.wordpress.com/2011/01/12/kunci-kusyuk-bersolat/

Seringkali kita terbaca rahsia-rahsia kusyuk bersolat, yang mana di antaranya memahami bacaan dalam solat dan menghayatinya, menunjukkan sikap tunduk dan merendah diri, menjaga makan minum, membanyakkan sedekah, jangan menahan qada hajat, menyempurnakan wudhu, membaca doa ketika berwudhu, memakai pakaian bersih dan haruman, solat diawal waktu, tiada objek dihadapan tempat solat, mengingati mati, menyemai rasa takut dan redah diri, memulakan dengan membaca surah an-Nas, selawat ke atas nabi , istighfar dan bacaan menjauhi gangguan syaitan, dan… dan… dan… satu senarai yang tidak kehabisan.
Namun itu, kenapa ramai yang telah melakukan kesemua kaedah di atas tetapi masih juga tidak mendapat kekusyukan dalam bersolat? Kenapa?
Oleh itu terlebih dahulu saya ingin mengatakan artikel ini sekadar berkongsi pendapat peribadi mengapa kita tidak mendapat kekusyukan di dalam bersolat, dan walaupun setelah kita mencuba pelbagai kaedah di atas. Pendapat ini sekadar pemahaman peribadi saya setelah membaca dan memahami intipati Al-Quran. Sekira ianya salah, ianya adalah daripada kesilapan saya sendiri dan mohon diperbetulkan. Kini saya mulakan dengan ayat 45 di dalam Surah Al-Baqarah:
Maksudnya: …dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; Al-Baqarah: 45
Persoalan utama daripada ayat di atas ialah “kusyuk”. Solat menjadi sangat berat kepada mereka yang tidak kusyuk, dan menjadi sangat mudah bagi yang kusyuk. Mereka ini dapat merasakan kemanisan bersolat.
Persoalan selanjutnya ialah bagaimana mendapat kekusyukan dalam bersolat? Sekiranya kita mengkaji dan membaca buku terdapat di pasaran atau mendengar ceramah, seringkali kita akan mendapat jawapan seperti perenggan pertama di atas. Seringkali juga kita melakukan semua di atas tetapi merasakan solat itu lebih membebankan dan semakin tidak kusyuk dalam bersolat. Kenapa ini boleh terjadi?

Sekadar pendapat peribadi, saya merasakan ramai yang memberikan pendapat mungkin masih tidak memahami intipati utama daripada perintah bersolat. Sesuatu yang perlu kita sedari ialah segala kaedah-kaedah yang disarankan hanyalah melibatkan perkara berkaitan “mekanisma” mencapai solat yang kusyuk, tetapi bukanlah “objektif” (niat) yang boleh membuatkan solat itu kusyuk.

Di sini terdapat perbezaan “mekanisma” dan “objektif”. Saya tidak akan menyentuh persoalan mekanisma kerana anda pasti boleh menemuinya di mana-mana sahaja. Persoalan mekanisma adalah berkait rapat dengan amalan luaran, manakala persoalan objektif adalah berkait rapat dengan persoalan “niat” atau “matlamat utama” melakukan solat.

Kini mari kita mulakan pemahaman dengan cuba mempersoalkan kepada diri anda kenapakah bersolat? Apakah perspektif atau “niat” anda ketika memulakan solat?

Pasti ramai menjawab saya bersolat “kerana Allah SWT”. Saya bersolat kerana ianya adalah “perintah Allah SWT”. Saya bersolat kerana hendak “melaksanakan kewajipan“. Dalam kata lain, saya laksanakan sesuatu yang membebankan kerana bebanan yang lainnya.

Oleh itu saya berpendapat “niat beribadah” di atas adalah tidak tepat. Oleh kerana “niat beribadah” menjadi tidak tepat, maka solat itu menjadi sangatlah berat dan tiada kekusyukan di dalam bersolat. Ini kerana anda melakukan solat kerana hendak melaksanakan perintah/kewajipan. Ini ditambah pula dengan bebanan daripada melakukan kaedah-kaedah disarankan (persoalan mekanisma). Hasil akhir ialah anda akan merasakan solat menjadi lebih membebankan dan sangat berat. Anda akan sentiasa tidak menemui kekusyukan dalam bersolat. Fikiran anda melayang-layang bagi mengurangkan bebanan yang sedang anda rasakan.

Kini, apakah niat atau perspektif yang betul bagi mendapatkan kekusyukan di dalam bersolat?
Bagi mendapatkan jawapannya, anda perlu membaca dan memahami Al-Quran serta bertanya kepada diri anda kenapakah Allah SWT memerintahkan anda melakukan ini dan itu? Anda kemudiannya perlu membuat kesimpulan atau initipati utama daripada perintah-perintah Allah SWT.
Apakah kesimpulan dari segala perintah Allah SWT? Apakah intipati utama perintah Allah SWT?
Jawapannya ialah anda perlu melakukan solat sebagai tanda “bersyukur” kepada Allah SWT. Jawapannya ialah sebagai tanda anda “berterima kasih” kepada Allah SWT. Jawapannya ialah sebagai tanda anda “memuji-muji” Allah SWT”. Inilah intipati utama perintah bersolat, iaitu bersyukur dan memuji Allah SWT. Ianya berulang-ulang kali dinyatakan di dalam Al-Quran tetapi ramai juga yang masih tidak memahami intipati sebenar perintah-perintah Allah SWT dan melakukannya secara membuta-tuli.

Sekarang ini, cuba anda ubah perspektif (niat) anda apabila mula mengambil wudhu dan bersolat (atau dalam apa-apa ibadah). Cuba anda ubah perspektif anda daripada melakukan solat “kerana hendak melaksanakan kewajipan” kepada “kerana hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT” dan bagi segala nikmat yang diperolehi antara jarak setiap solat. Cuba anda bayangkan sendiri bagaimanakah rupanya solat yang berupaya membuktikan anda “bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”? Apakah nikmat yang akan anda ingatkan kembali semasa solat anda bagi membuktikan solat “kerana anda hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”?

Saya sepenuhnya percaya anda akan merasakan kemanisan dan kekusyukan bersolat jika anda mengubah perspektif (niat) solat anda daripada “kerana hendak melaksanakan kewajipan” kepada “kerana hendak bersyukur (berterima kasih) kepada Allah SWT”. Anda akan mengingati kembali segala nikmat yang diperolehi antara jarak setiap solat dan menjadi lebih gembira serta berfikiran positif. Anda akan merasakan ibadah yang anda lakukan sentiasa tidak mencukupi untuk membuktikan perasaan syukur anda kepada Allah SWT. Anda akan merasa dahagakan bersolat dan tiada bebanan dalam bersolat. Anda juga secara langsung akan melakukan kesemua kaedah-kaedah (mekanisma) solat kerana hendak membuktikan solat yang berupaya menunjukkan kesyukuran anda kepada Allah SWT (iaitu menuju kepada solat yang mencegah keji dan munkar).

Kini apakah kesan daripada tindakan memperbetulkan perspektif atau niat anda? Kesannya ialah anda menjadi lebih gembira dan berfikiran positif kerana anda mengenang setiap nikmat yang telah dikurniakan kepada anda. Anda mengenangkan apa yang anda perolehi daripada kehidupan, dan bukan kekurangan diri anda. Keluarga, teman dan rakan sekerja atau majikan anda menjadi lebih gembira bersama anda kerana anda seorang yang bersyukur dan menghargai mereka. Anda akan menjaga kesihatan anda kerana bersyukur dengan nikmat tubuh dan anggota badan yang dikurniakan Allah SWT. Anda akan menggunakan rezeki anda dengan lebih baik dan tidak membazir kerana anda seorang yang bersyukur. Anda akan menjauhi segala dosa dan kemungkaran kerana mensyukuri kehidupan anda dan melindunginya daripada kerosakan.

Kesemuanya akan membuatkan anda lebih gembira dan membentuk energi tubuh yang mengeluarkan getaran energi positif serta menarik energi-energi positif lain ke dalam kehidupan anda. Urusan pekerjaan anda menjadi mudah, rezeki anda semakin bertambah, kehidupan diri dan keluarga menjadi lebih gembira dan sebagainya. Semuanya kerana anda bersyukur kepada Allah SWT dan inilah intipati utama daripada segala perintah-perintah Allah SWT. Iaitu agar hambaNya bersyukur ke atas segala nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada anda. Selamat mencuba! Wassalam.

Waktu Asar


Wednesday, November 20, 2013

Tunduk

Surah Al-An'aam:162

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Dan pada sebahagian daripada waktu malam, maka bersujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada sebahagian yang panjang daripada waktu malam (76:26)

USAHA | EFFORT

Assalamualaikum wbt

sarah nak share important notes on how to be a good Individu Muslim

hihii..
notes semua ni sarah dapat dari buku kawan waktu form 5 dulu tapi tak ingat dah apa tajuk buku tu..:D #gomen
kalau rajin search la, guna keywords ni.. hehe

Usaha! Usaha! Chaiyok!


1. Memperbanyakkan doa agar Allah menganugerahkan sifat malu (kalau kita malu dengan Allah, kita tak buat la perkara-perkara yang dilarang dalam Islam, yang jauh dari Islam.. :))
2. Bersikap benar dalam semua keadaan
3. Merendahkan suara ketika bercakap
4. Menahan pandangan daripada mendengar rahsia-rahsia jiran atau kawan
5. Merasai bahawa Allah sentiasa memerhati dan ada bersama pada setiap waktu
6. Memboikot barang-barang yang mempamerkan gambar yang menjolokkan mata
7. Tidak bersesak-sesak sesama lelaki dan wanita
8. Memperbanyakkan mengingati mati siang dan malam
9. Menjauhi mengata dan mengadu domba
10. Tidak melihat perkara-perkara yang diharamkan Allah
11. Tidak berdiri di hadapan muka pintu ketika dibuka (yang ni kurang faham sikit..) >.<’’
12. Memastikan makanan dan minuman halal dalam apa jua keadaan
13. Mengurangkan bercakap dan ketawa dalam pengangkutan awam  (yang ni khas untuk para muslimah, supaya tidak menarik perhatian orang ramai)
14. Sentiasa serius ketika berjalan di tempat awam (yang ni khas untuk para muslimah, supaya tidak menarik perhatian orang ramai)
15. Tidak makan sambil berjalan atau berdiri
16. Jauh daripada berdengki dengan orang lain
17. Memilih ungkapan yang sopan ketika berbual

okayy.. nanti sambung, semoga kita sama-sama dapat mengamalkan akhlak mulia seperti Rasulullah SAW. :)) InsyaAllah

Kematian- Sesuatu yang pasti (confirm bak hang!)

Assalamualaikum, sorry
my recent posts were quite sweetie pie, cupcake bagai.
hahaha

want to share about kematian alhamdulillah

DEATH

before tu, tengok dulu translate al Quran surah Ali Imran, ayat 185
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
hmm.. conclusion nya, rugi kalau kita leka didunia, tanpa sempat mengutip pahala pahala.
kenapa saya cakap kutip pahala? takde terms lain dah ke? sebab.. senang sahaja nak dapat pahala ni sebenarnya, ada macam-macam cara.. nanti saya explain dalam post yang seterusnya.
takpelah, saya bagi contoh..

1. Amalkan Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dalam kehidupan seharian kita..instead of Oh Mai God! =.= (saya pun tersasul juga kadang kadang), Wauu! bagai dan etc

kejap eh, saya nak tidur..
mohon baca blog ini dahulu.. klik sini Stream of Thought
post post yang lain dari owner blog ini pun sangat bagus.. saya suka! suka suka suka!!

ok..jaa ne!

Thursday, November 14, 2013

This song, it reflects me


I still don't understand love
so I can't get any closer
But why does my foolish heart keep pounding?

I'm haunted by you again and again
I just can't get away

This hopeless love 

-my girlfriend is a gumiho ost-

Tuesday, November 12, 2013

Dear you





aminkan!

amiin

Sakit ke?

hari ni aku perasan something

aku rasa macam aku ni sakit sangat
i mean as if body resistance aku lemah sangat
i thought kuat, sebab aku jarang je makan ubat..supposedly kuat la kan?

ahh..aku rasa macam sakit sangat lately nih

#sedih

okayy..sejak 4 hari lepas lagi aku dh rasa sakit.. mula-mula sakit tekak je..
waktu tu on the way nak pegi sunway pyramid..nak main ice-skating la katakan
pastu entah macam mana dh ada simptom sakit tekak tu..sampai sekarang tak reda lagi..tapi okayla
alhamdulillah sebab dah ad suara..awal-awal dulu nak bercakap pun rasa sakit.

sehari lepas pegi sunway tu, kitorang ade daurah..serius penat..sampai akak-akak semua kesian
waktu tu, aku sakit tekak, selsema, sakit badan..rasa panas-panas camtu..
pastu mata kanan aku pula jadi merah-merah..sakit tu cuma Allah je tahu..
aku pun asyik senyum-senyum je walaupun sakit

kitorang balik daurah tu jalan kaki..jauh jugak laa kitorang jalan..
ingatkan dekat je..berpeluh-peluh aku..cikgu PJ dan Biologi aku cakap..kalau orang demam ni.
peluh tu bagus..demam cepat reda..aku pun okay jelah..

memang lepas tu panas badan aku reda pun, alhamdulillah..cuma bila bernafas still rasa panas sikit-sikit
pastu semalam, aku sakit mata lagi..sakit mata kiri pula..
tak rasa sakit pun sebenarnya, tapi mata jadi merah..rasa macam nak pakai sunglass je pegi kelas

and then, hari ni..tadi aku bangun untuk solat asar. waktu nak amik wuduk tu.
aku kumur-kumur, tengok tengok ada darah banyak
rupa-rupanya lidah aku luka. tak sangka la pula ada darah
before this, biasa je makan makanan panas. pastu lidah rasa sakit
tapi harini sampai berdarah
conclusionnya, aku rasa macam aku sakit la

ada penyakit ke eh?
#wondering

mungkin ajal aku dah nak dekat kut, Allah bagi petunjuk siap-siap kat aku
semoga aku mati dalam husnul khatimah (don't know how to spell) :/
















Monday, November 11, 2013

Jubah Mesir

tadi aku terbaca satu blog
orang tu cakap junah mesir murah2
aku nak satu!!

aku tengok macam cantik je..
suka!!
nak satu!
mohon kepada sesiapa yang baca ni
belikan aku satu jubah mesir
huhu

#lagu taylor swift bermain di minda aku

speak now, or forever hold your peace
there's the silence, there's my last chance
i stand up with shaking hands
all eyes on me

horrified looks from everyone in the room but I only looking at you

test Physical Chemistry

okkai

esok aku ad test chemistry
habislaah
and aku masih melagha kat depan laptop


Sunday, November 10, 2013

FEVER

aku ni demam sebenarnya

sebab tu tak betul nih

=.=
*tired

aku rasa excited

I have a big problem
this has been troubling me since the first time at UNMC

it's when I'm so happy or excited

I could ended up jumping and giggling all-way-round like a little kid

some people might think I'm crazy and over-react
but, demo
that is just me

I've tried to control
but it's no fun

I want everyone knows that I'm happy!!
 ^O^


Fatimah Syafa, kawan saya

ni kawan saya
kawan baik
her name is Fatimah Syafa bt Jaapar
kitorang kawan baik la jugak
sebab kawan since sekolah rendah lagii
kat Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir 
dari darjah 2 sampai darjah 6
sekolah menengah pun sama jugak, sama kelas lagi
tapi waktu form 1 sampai form 3 jelah kat
SMK Bukit Jambul

Syafa ni sangat baik, bijak, cantik, lemah lembut, sopan je..

tak macam sayaaa
tsk tsk tsk

seronok kawan dengan dia..we have too many things in common lah..
and kitorang rapat la..untuk sarah ahh,
dia tak sure (whether she sees me as a close friend of her or not)
dulu waktu darjah 6 pun pernah pergi Langkawi untuk program Kem UPSR apa entah..
bestla waktu pegi kem tu..tp tak ingat sangat apa yg kitorang buat kat sana.. gomenasai ne

tapi kan
tapi kan

sejak form 2 kitorang tak rapat sangat dah
entah kenapa, sebab dia dah dapat kawan baru.geng baru..
syafa ni geng-geng budak popular kat sekolah dulu
hahah

pastu, after transfer masuk mrsm waktu form 4 tu kitorang dah tak contact sangat..
cuma dia ada contact waktu dia dapat tawaran untuk masuk SBP , excited gila sebab dia dapat masuk SMS Kepala Batas waktu tu..
sebab syafa memang dari darjah 6 lagi dia dah apply sekolah asrama bagai ni

and then, as time flies..sepanjang form 4 tu adalah jugak contact2..tukar cerita
biasalah..syafa cerita pasal pengalaman dia kat sbp and sarah cerita la pulak pengalaman kat MRSM Baling yang tercinta nih..hahahha

pastu, waktu form 5 tu adalah jugak contact..tapi sangat jarang la..
tup tup bila dah masuk uni
satu hari ada missed call
DARI SYAFA!! seronok gila!! dahla waktu tu mood tengah sedih gilaaa
pastu terus call dya balik, out of a blue.. terus dia nangis

LOL

kenapa syafa ni nangis time time macam ni
sarah pun terus la nangis

T.T
T.T

kitorang berdrama sebentar on the phone tu

pastu lepas dia dah okay, sarah dah okayy
stop la nangis
dia tanya la..kenapa nangis
then sarah ckpla..
sebab sarah sedih..dah penat tido, nk menangis tp tak keluar air mata..

pastu sarah tanya dia pulak..kenapa dia menangis?
syafa cakap sebab dia tension dengan study kat tempat dia
pastu kitorang sembang-sembang la..cerita pasal cerita sedih masing-masing
rasa terharu gila
lama tak sembang dengan syafa

pastu dalam sembang-sembang tu
tanya la perkembangan masing-masing
dia study kat Mara-Japan College Beranang
LOL
SANGAT LOL

sebab dekat sangat dengan tempat sarah study sekarang
University of Nottingham Malaysia Campus dengan kolej syafa tu..
kat beranang..
dekat sangat kut
DEKAT SANGAT

dia cerita la..kadang-kadang dia pegi tesco Semenyih
ini pun perlu LOL jugak

sarah pun selalu je pergi Tesco tuu

rupa-rupanya kitorang ni dekat je..
pastu dalam several weeks after a long conversation dengan syafa kat phone tu..
terserempak dengan dia kat Tesco
heheh
jejak kasih pulakk

sekali dengan Syahirah Nadiah..
sangat best
pastu kitorang macam..hug hug kiss kiss
mueheheh :3
dah lama tak jumpa

pastu amik gambar sekali..
kcak, kcak..

syafa ni semakin cantik pulak tu

 p/s: kalau la, KALAU la Fatimah Syafa baca entry ni..hopefully hang call aku.. bagitau tau..hahaha

^O^






Playing in my mind tho

yesterday I went to my senior's house at TTS (Taman Tasik Semenyih).
we have a daurah session. and I wasn't feeling well.. sore throat, cough, and fever.
it was a bit frustrating actually because I'm really anticipated towards this month's daurah..

umm

nvm, I won't tell much further about that
I've a physical chemistry test this Tuesday, it's another 2 days and I haven't prepare yet.. (it's a bit cliche actually) everyone does. I repeat EVERYONE DOES ! (mostly)

hahha


Thursday, November 7, 2013

That moments

that moments where everything
i would do was searching for the translation of
my favourite songs so that i understand the song

oh Alice dear where have you been?

and here I am
waiting for you
time flies, but memories last

I've always been behind you
looking at you
Can't you see?

Monday, September 16, 2013

ada orang kenal saya tak?? hahahah

nama saya sarah..saya suka korea..woot~ woot~ hobi- membaca, dengar lagu, online fb, tweet2..hihi~ saya ni seorang yang boleh dikatakan peramah la dengan kawan2, terutamanya perempuan la..hoho~ kalau dengan kawan rapat2 tu..memang gila2 sikit..
my friends described me as "An unexpected person..would do something you would never thought of" -me? : sort of..haha~
ni saya lah ni.. hehe~ smart tak? tgh busy sikit waktu ni..
 #credit goes to haslim hussain sebab snap gambar saya.. dye duduk depan saya waktu dalam kelas dulu.. ni blog dye
kawan2 yg sarah jarang cakap slalu je ingat sarah ni pendiam..padahal x pun..haha~ panjang plak intro ni..hihi~ btw, sarah ni suka je gelak and senyum2..orang selalu cakap.."sarah ni suke je tersengih-sengih'' -----ntahla..iyela kut..hihi~

but, i'm kinda shy actually, but i talk a lot with my friends..and tend to be shy towards people of different gender, but that feelings get away when i became friends with those people..hehe~ once you be my friend, you will get to know me..huhu~ #over lagi
ah..lagi satu, sarah ni selalu je over sikit..minta maaf la ek..x ske  pun nk acting cute ni..tp dh jadi habit plak sbb seronok jadi somewhat like 'adik' among my friends..hehe~ tp dengan kawan2 perempuan jelah..kalau ngan kawan yang lain2 tu..sarah akan control sikit my cuteness tu..#ehuk ehuk (batuk plak)..:D

Cuti oo

okay.. hi there! it's been about 3 month since the last time i post an entry.

okayla sarah, takyah nk bi ai bi ai sangat.. hoho~ ^0^
 actually sekarang ni ai tgh cuti sem, minggu depan nnti baru masuk sem 2. Waktuwaktu cuti macam ni lah, waktu iman kita selalu jatuh.. *ai admit it*
 Kadang2 rasa malu pulak nak tegur teman usrah kat whatsapp segala bagai sebab diorang confirm, for sure lah tanya.. how is your IMAN? #sobsob.. sedikit sedih nak jawab..
bak kata nana, -bungkus- haha
sebenarnya macam ni, waktu cuti ni kan kawan-kawan kita, kak usrah kita, teman sebilik kita dan etc tu suma tiada di samping untuk mengingatkan kita.. so, kita pun macam cepat lupa diri #sarah la tu

waktu puasa dulu okay la jugak..tapi lama-kelamaan ni, semakin teruk pulak..dengan drama i hear your voice lah, running man la.. lagulagu segala..pastu dengan chatting entah apa2 la..futur, futur.. what is futur? read here

conclusion is, ai dah futur. lagha dengan korea, lagu, tivi, laptop, kawan, ikhtilat pun dah entah ke mana.. #sedih
it was a total failure, walaupun sarah dalam jalan dakwah untuk menjadi seorang daie..I'm not strong enough to overcome my nafsu towards all-those lagha things..karatkarat jahiliyah tu masih lagi wujud dalam diri. alhamdulillah, saya ada seorang sahabat yang tak lupakan saya.. #bersayasaya pulak
dia yang ingatkan balik tanggungjawab dan tugas sarah sebagai seorang islam..islam dalam perbuatan dan juga akidah..okay, dalam duk scroll timeline facebook ni..terjumpa link vid yg sangat bagus..as a reminder for all the muslims.. a MUST WATCH VIDEO.. sentap gila bila tengok video ni..dah banyak sangat bnda lagha yg ai buat waktu cuti ni
THE MEANING OF LIFE : MUSLIMS SPOKEN WORDS

Di MRSM Baling..woot~ woot~ :D

Assalamualaikum..

sarah nk tulis pasal pengalaman tinggal di mrsm suatu ketika dulu (actually bru 5 bulan ja left mrsm,hihi~ #over ). sarah ex-student SMK Bukit Jambul waktu form 1-3..and then apply masuk mrsm ..dapatlaa..alhamdulillah..it brings huge changes in my life afterwards.. :)

okayh! inilah maktab yg sarah masuk dulu tu..MSRM Baling, Kedah

waktu awal2 masuk tu excited je, sbb mmg impian dari kecik lagi nk masuk sekolah asrama..hehe~ waktu form 1 dulu nk apply mrsm , tp mama x bagi..katanya kecik sangat, x bleh tinggal asrama..#sedih

tapi bila dh masuk mrsm ni, my life changes so much that I'm thankful for being chosen by Allah to receive His nur and hidayah..alhamdulillah..kat mrsm la sarah belajar menghargai..menghargai nilai keluarga..awal2 tu selalu je menangis sbb homesick..padahal 2 minggu skali parents sarah datang maktab..hehe~ menghargai nilai sebuah persahabatan, kat sini kawan2 yang sarah dapat memang bernilai sangat2 la..1 in a million..nnti sarah cerita, sape dyorang tu..

Saturday, June 22, 2013

Nota Usrah

Hi there..! *big smile*

Just wanna share what i got during usrah time in UNMC..:)

kitorang ade exchange ayat al-Quran dengan usrah-mate semua..and then, this is what i got..

Khas buat: Sarah

 ''Sesungguhnya urusanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu." (36:82)

Ikhlas daripada: Anis

hehe~ sweet isn't? huhu~ oklah..sarah ade join usrah kt UNMC ni..satu group usrah ade 8 orang..termasuk kak usrah iaitu kak maiha dan kak fathin..dalam group tu kitorang satu batch pre-founders..sarah, anis, syafinaz, raihan, izyan, dan nana..hihi~ waktu awal2 tu tak rapat sangat dengan dyorang..tapi lama2 rapatla..syafinaz satu group dengan sarah waktu enoeli..dye la yang selalu jadi tukang urut sarah waktu sarah dah mengantuk x tahan bosan waktu kelas..haha~ pastu nana pulak sekarang dh jadi roommate..awal2 tu sarah takut gak dgn nana sebab macam garang je dengan sarah..but then, bila dh jadi housemate ok lar..haha~

ok ok..lari topik lagi.. =.=

okeylah..sarah nk kongsi ni..okay okay?? bukak al-quran..surah al-hasyr page 548 (59:18)
Bismillah hirrahman nirrahiim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..:)

Allah berfirman '' Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat) . dan bertakwalah kepada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

tengokla..ayat tu..Allah berfirman, wahai orang-orang yang beriman..-rse seronok x? hihi~ anggap la macam Allah tujukan ayat tu untuk kita...hihi~ Allah pun berseru, bertakwa lah kepada Allah..bertakwalah kepada Allah..phrase tu diulang sebanyak 2 kali..maknanya..Allah tekan kan kat kita betapa pentingnya untuk bertakwa pada Allah..yakni yakin dengan Allah..

kita perlu ingat, setiap kebaikan yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah..sebab tu la..kita perlulah ikhlas melakukan kebaikan. barulah dapat pahala..betul x? ok..takwa tu pulak ..maksudnya mengikut kata kak usrah pulak..ialah keadaan hati yang takut pada kekuasaan Allah..tau tak? bila kita nk buat baik..niat je pun dah dapat pahala..mudah je nk dapat pahala ni sebenarnya..yang susah tu nak control nafsu..hehe~ *refleks diri sekejap* :D orang yang bertakwa akan lebih berwaspada kepada Allah...dia akan berasa malu untuk melanggar larangan Allah sebab memikirkan yang Allah itu Maha Mengetahui..:) kematian dan akhirat adalah PASTI!! sebab tu la..bila buat sesuatu kita kena fikir, "aku buat benda ni betul ke tak eh? Allah marah tak nanti? " pastu kita pun tak boleh la nak tinggalkan ibadah..sebab tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam ialah untuk menjadi ahli ibadah(abid) dan khalifah di muka bumi ini.. :)

apa bila nak buat sesuatu, kita perlu la fikir.."apa yang aku buat ni mendekatkan diri kepada Allah x?'' fikir-fikirkan la..:) #renungan untuk sarah juga :)
apabila kita dah dijemput oleh ajal..
bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah kelak? untuk melihat balik flashback apa yang kita telah lakukan kat dunia ni ? Adakah kita akan tersenyum???


Friday, June 21, 2013

Gila Korea??

sarah ni boleh dikatakan gila korea jugak la..once..
but, recently x sangat la..except for certain2 yang sarah memang truly minat..for example- drama sassy girl chun hyang, iljimae, my girlfriend is a gumiho...hehe~ pastu lagu plak..minat super junior dan infinite.. especially donghae dan woohyun, hoya, sung jong..
aiiiyooo~~ apa niii??

nak cerita ni..sejak masuk mrsm dan dh masuk u dh skrang ni..sarah dh mula x follow sangat korea...dulu siap boleh menari lagi lagu kpop2 tu..hihi..lagu ape? adelahh~~

sekarang sarah nk mendekatkan diri pada Allah..alhamdulillah..:)
bersyukur sangat sebab Allah bagi hidayah kepada sarah untuk mendengar seruanNya..and then, Allah hantar sekali orang yang baik2 di sisi sarah untuk sama2 menuju ke jalan yang lurus..tu la..td kan sarah dh cakap...sarah sangat menghargai sahabat2 di sisi sarah, sarah ade ain syuhada, syahirah nadiah, nur diana, nur syafinaz, nyak syazwani, fatimah syafa, fazrin anwar, kakak2 usrah-kak fathin, kak maiha kak atikah...pendek cakap...ramai sangat la..tiap kali pandang muke dyorang pun dah rse bersyukur..sarah selalu jugak fikir...YA ALLAH, untungnya sarah ni..dapat kawan2 sebaik dyorang..yang selalu mengingati dan saling berpesan agar kita tidak terleka dengan dunia ni..hmm, yelah..dunia ni kan hanyalah permainan dan senda gurau..sesiapa yg mencintai dunia, maka rugilah orang tu...sarah harap sarah dapat selalu ingat ayat tu...
pastu, ade lagi..teacher normazaini, dulu sarah selalu je cerita pasal masalah sarah kt teacher, (cikgu ni cikgu waktu kat mrsm) masalah kawan la, masalah hati lah..sume lah..nmpak teacher je..rse cam nk bersembang..hehe~ dye ade bg quotes la..

Always turn your attention to Him, 
share a secret smile :)
knowing that He really understand..

-tc nz-

her quotes really caught my attention, from then on..i rarely speaks to others about my problem or relationship with anyone..i rather share all my stories with Allah, the One.. :)

Nak tidur..

haha~ kelakar pulak..nak tido, pegilah tido ..sibuk tulis post pulak..sebenarnya dh pukul 3.36 am ni..tapi takut kalau tido pulak nnti terlepas solat subuh..sarah xnk pisang berbuah dua tiga kali..:(
sedih sbb dh bbrapa kali miss solat subuh sbb tido lewat..alih2 x boleh bangun..td pun mamu ade cakap kt sarah.."kalau tido sekarang, probability nk miss solat subuh tu sangat tinggi.."<------memeng betul punnn.. thanx ya mamu, tapi aku xnk chat lama sgt ngan hang nnti melalut plak...haha~ #loghat penang dh kluar..btw, I am a penangians--or should i say, Penangans?? pape jelah.. =.=

dh out of topik nih..==''


A Brief Introduction

Hi! Assalamualaykum.. :)
Ini first time saya buat blog..hehe~ -tetibe teringin buat blog sbb banyak sangat perkara yang bersarang di minda tp x tahu nk cakap kt sesiapa- hihi~

ni antara drama TVB yang saya suka..tajuknya ialah Under the Canopy of Love.. :D