I'm not sure what kind of hubungan I've involved myself in.
But for sure it comes with great responsibilities and challenges. Saya terlupa tujuan saya yang sebenar, matlamat dan tujuan yang utama. Saya lupa pada matlamat yang ingin dicapai.
Memasuki dunia yang sangat asing, (asing jugakla, its complicated though) membuka mata saya dalam banyak perkara, juga membawa banyak persoalan dan telahan yang kadang kala terasa berat apabila difikirkan. Kenapa begini? Why'd you do that? Persoalan yang saya sendiri masih tercari cari jawapan. Meneliti balik pada diri sendiri, terasa berat Allah sudah mengatur rantaian events agar saya berfikir semula. Teringat pada kata-kata Kak Fathin dan Kak Maiha, "Kita ini terlalu selesa kerana berada dalam biah solehah"
Sekarang baru betul betul experience dugaan dan cabaran menjadi orang asing dalam society tu. Rasa terbeban, tak tahu nak bermula dari mana, tak tahu nak react macam mana, dugaan dengan jahiliyah yang terasa macam telah dihakis tapi rupanya masih bersisa lagi. Apabila dah jatuh baru menyesal dan fikir dua kali. Coolnya kemana, identiti budak-budak masih ada lagi. Perang dengan perasaan jangan cakapla. Terutamanya bila hubungan dengan manusia ni, susah nak control the do's and don'ts. Apabila seronok tak ingat dunia.
Apa yang sepatutnya dibuat pun jadi keliru. Justification semuanya dah mengikut hati tanpa mengira hukum Allah. Main aci redah je, aurat kemana ikhtilat kemana.
Dah tak tahu diri ini hendak ke mana dan perlu berbuat apa sebenarnya.
Siti Sarah sudah lost. Ya Allah (1:6)
No comments:
Post a Comment